HUBUNGI KAMI  /  PRODUK-PRODUK produk-produk

 

 

 

 

Utama
3R
SISA MAKANAN
MINYAK MASAK TERPAKAI
E-WASTE
PEMANASAN GLOBAL
SUMBER ASLI
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
SUDUT PAMERAN & TAPAK AKTIVITI
Minyak Masak Terpakai

Masalah pembuangan sisa-sisa minyak masak ke longkang menjadi masalah yang serius di seluruh negara. Pelepasan sisa minyak masak ke longkang menyebabkan longkang tercemar, kotor dan tersumbat. Pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang ingin menjalankan aktiviti kutipan dan pelupusan sisa minyak masak terpakai dari komuniti masyarakat .Ini adalah bagi mengawal kejadian pembuangan sisa minyak masak ke longkang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pihak Majlis dengan bantuan jabatan social lain seperti PEWOG  melakukan kutipan minyak masak terpakai bagi mengawal pencemaran longkang dan saliran. Sekolah kami amat prihatin akan masalah pelupusan sisa-sisa minyak ini. Oleh yang demikian, SM Han Chiang, Kelab LEO dengan bantuan pihak kantin sekolahnya telah memulakan satu sistem baru iaitu kutipan minyak masak terpakai dari penjaja-penjaja kantin untuk dikitar semula.

 
Minyak Masak Terpakai


Salah satu daripadanya ialah menggunakan minyak masak terpakai untuk membuat sabun. Oleh kerana kos pembuatan sabun ini adalah berpatutan, ianya mula mendapat sambutan yang baik di khalayak ramai. Minyak yang telah dikumpulkan akan dibeli oleh PEWOG (The Penang Environment Working Group) untuk dikitar semula. Dengan perlaksanaan sebegini, kita dapat membantu memelihara alam sekitar.

 


Berikut ialah gambar-gambar sabun tersebut:

minyak1