HUBUNGI KAMI  /  PRODUK-PRODUK produk-produk

 

 

 

 

Utama
3R
SISA MAKANAN
MINYAK MASAK TERPAKAI
E-WASTE
PEMANASAN GLOBAL
SUMBER ASLI
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
SUDUT PAMERAN & TAPAK AKTIVITI
3R - Kitar Semula


KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi.

  • Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
  • Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.
  • Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.
 
Han Chiang 3R

Amalan 3R

Kitar Semula

Penggunaan Semula

Pengurangan

KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA
Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya.

  • Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
  • Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
  • Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan dating.
 
 

©Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2009.
Hak Cipta Terpelihara Dikemaskini pada 10 Mac 2011 |Dasar Privasi

<<PREVIOUS